Rabu, 01 Januari 2014

Diaibkan Perancis 6 0 Australia Pecat Jurulatih


SYDNEY – Jurulatih Australia, Holger Osieck dipecat selepas skuad bola sepak kebangsaan negara itu tumpas 6-0 kepada Perancis pada pertemuan persahabatan antarabangsa, demikian diumumkan ersekutuan Bola Sepak Australia (FFA), hari ini.

Sebelum ini jurulatih dari Jerman itu turut dimalukan apabila Australia kalah 6-0 kepada skuad Brazil, bulan depan.

Namun, kekalahan terbaru semalam menyebabkan Osieck, 65, terpaksa meninggalkan skuad kebangsaan berkenaan.

FFA berkata, keputusan itu diambil selepas membuat penilaian dalaman berdasarkan prestasi dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2014 dan perlawanan antarabangsa lain. – AFP

Tidak ada komentar:

Posting Komentar