Rabu, 01 Januari 2014

Zara Rajwani Puteri Sulung Buat Atie AF


Zara Rajwani Puteri Sulung Buat Atie AF

Belum terlambat lagi untuk  mengucapkan tahniah kepada penyanyi dan pelakon wanita, Atie AF kerana telah selamat melahirkan puteri sulungnya.
Atie telah melahirkan puterinya, Zara Rajwani pada 8 Januari lalu.
Sebelum ini, Atie dilihat aktif dalam dunia lakonan walaupun dia lahir dari rancangan Akademi Fantasia.
2134972221_b07d3e57eb_o

Selepas mendirikan rumah tangga pada  tahun 2007 dengan Saiful Anuar Baharim, Atie senyap seketika dalam dunia seni.
Katanya, mahu fokus dalam menguruskan hal ehwal rumah tangganya.
Atie juga pernah melahirkan perasaan risau dan sedih kerana sudah empat tahun berkahwin, rezekinya untuk menimang cahaya mata belum lagi kunjung tiba.
Namun, berkat usaha dan sabar yang Atie lakukan, akhirnya Allah S.W.T mengurniakan anak sulung kepadanya dan suami.
Semoga dengan kehadiran Zara Rajwani menambahkan lagi sinar kebahagian dalam rumah tangga Atie dan suami serta mampu mengeratkan hubungan kasih dalam keluarga mereka.
Tahniah!
sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar