Kamis, 20 Februari 2014
Nafi Bina Hotel Wakaf Guna Wang Zakat

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya pembinaan hotel wakaf di sini menggunakan duit zakat.
Ketua Pegawai Eksekutif Maidam Datuk Rozali Salleh berkata pembinaan Hotel Grand Puteri, yang menelan kos RM41 juta dan mula beroperasi April lepas, dibiaya menerusi peruntukan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar).
“Tuduhan ini tidak berasas sama sekali kerana Maidam menyalurkan zakat kepada lapan golongan asnaf yang berhak, dan ia (tuduhan) juga bertujuan memburukkan imej kepimpinan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
“Saya menafikan tuduhan ini. Hotel Grand Puteri tidak langsung menggunakan wang zakat mahupun wang kerajaan negeri Terengganu,” katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini hari ini.
Selain hotel wakaf, beberapa projek yang dibiaya Jawhar di Terengganutermasuk Akademi Kulinari di Pulau Kerengga, Marang; asrama pelajar dan bangunan perniagaan di Jertih, Besut. – Bernama
Related Posts : bina,
guna,
hotel,
nafi,
wakaf,
wang,
zakat
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar