Kamis, 06 Februari 2014
PAS cadang himpunan bantah kebobrokan hasil laporan audit
October 02, 2013
Untuk itu, PAS mencadangkan satu himpunan bantahan seumpama himpunan Bersih dibuat bagi menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat.
Jika tidak, budaya ketirisan ini akan berterusan dan rakyat akan disuruh terus membayar lebih untuk menampung kos kehidupan untuk membolehkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berboros dalam perbelanjaannya.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, ketirisan yang dilaporkan setiap tahun di Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan Malaysia memerlukan rasionalisasi perbelanjaan di dalam semua jabatan kerajaan terlebih dahulu sebelum menghukum rakyat dengan rasionalisasi subsidinya.
"Tidak adil buat kerajaan yang hanya tahu suruh rakyat membayar lebih 20 sen seliter untuk minyak yang menjadi keperluan harian bagi mencari rezeki tatkala agensi-agensi kerajaan meneruskan kerja borosnya membeli perkakasan yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran," kata Tuan Ibrahim.
Bayangkan jam dinding yang berharga RM100 dibeli pada harga RM3,810 oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) menggunakan duit rakyat.
"Cukup kecil hati rakyat jikalau duit yang dijimatkan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan untuk pembelian-pembelian seperti ini yang cukup menjengkelkan," kata Tuan Ibrahim.
Pada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang berkata laporan audit itu menunjukkan ketelusan pentadbiran negara, PAS berharap beliau dapat menggunakan kepintaran beliau yang diwar-warkan beliau sendiri untuk melihat bahawa ketirisan ini menandakan sistem perolehan kerajaan telah rosak dijangkiti barah rasuah sehingga akarnya.
Di sini perlunya kerajaan BN melakukan rasionalisasi perbelanjaan sebagai kemoterapi merawat barah sebelum memerah otak mereka menekan rakyat untuk menampung perbelanjaan, tambah beliau.
"Persoalan yang berlegar di fikiran rakyat ialah kenapa tiada sebarang tindakan apabila setiap kali laporan audit dibentang.
"Ke mana perginya transformasi yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri yang sepatutnya membendung barah ini?" bidas beliau.
Bagi beliau, ternyata laungan transformasi Najib hanya slogan kosong.
"Kita yakin selagi BN menerajui negara, penyalahgunaan kuasa dan pengurusan sumber kewangan negara akan berterusan," katanya.
Pihak media boleh terus mengorek semua ketirisan yang telah berlaku, tetapi sekiranya rakyat Malaysia terus mengambil sikap hangat-hangat tahi ayam dalam soal ini, kerajaan BN akan terus bersikap acuh tidak acuh pada laporan audit, tambah Tuan Ibrahim. – 2 Oktober, 2013.
The Malaysian Insider
Related Posts : audit,
bantah,
cadang,
hasil,
himpunan,
kebobrokan,
laporan,
pas
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar